Pusat Sumber Sekolah
DEFINISI PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah pengembangan dari perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat sumber memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya ;
Pusat sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.
Pusat sumber menyediakan maklumat,perkhidmatan dan peluang bagi memperkukukan pengajaran - pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.
OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH
Kecemerlangan pendidikan Meningkatkan mutu pengajaran - pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah
Penggunaan kemudahan Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya meraka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
Pemupukan tabiat belajar Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
Penghasilan bahan Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran - pembelajaran
Perkhidmatan pembelajaran Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar - pelajar
Kemahiran maklumat Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH.
1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kimpulan dalam proses pembelajaran.
3. Merupakan tempat bahan pengajaran - pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
4. Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
5. Memberi panduan mencari,mengguna,menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
6. Menggalakan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
7. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
8. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
10. Menyediakan alatan rerografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pembelajaran.